
ni my second son.. Ilyas Ammar..
@ 2007-04-04 – 12:15:28
Ralat: Dalam posting part 4, saya nyatakan: NAV Net Asset Value
(nilai seunit UT) selalunya sama dgn SELL price. Sorry..salah
fakta, NAV selalunya sama dgn BUY price. Harga yang UTMC jual kpd
kita.
Disclaimer: Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengetahuan &
pengalaman saya sebagai pelabur unit trust dan bukannya formal
education dr mana2 agensi @ profesional body. Yang baik jadikan
teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Risiko
Bila bercakap pasal pelaburan, mesti ada risiko. Bukan melabur
namanya kalau tak de risiko. Kadar toleransi seseorang terhadap
risiko adalah berbeza. Ada orang yg risk taker, ada orang tak boleh
accept risk. Ada orang yg tak kisah amik high risk. Tapi, rule yang
kena accept HIGH RISK, HIGH RETURN and vice versa. Kalau tak nak
amik risk tapi nak high return, mungkin boleh dapat..tapi susah.
Mungkin jugak boleh dapat, secara kebetulan.
UT yang high risk adalah UT yg expose more to stock market ie Equity
Fund. So, equity fund ni sesuai utk orang yg masih muda sebab in case
fund tu tak utg2, secara logiknya, dia masih boleh menunggu fund tu
dpt return. Kalau pendek umur tu, lain cerita la. Tapi ada juga orang
yg masih muda tapi sgt takut melabur. So, kalau nak cuba jugak, amik
la low/medium risk fund.
Actually, the same concept goes to our life. Kalau takut nak mencuba
perkara baru mmg susah nak berjaya. Kalau kita lihat dr aspek
kerjaya, kalau takut bertukar sykt, mencari career development,
alamat duduk je la kat situ sampai pencen.
Kaedah pelaburan
Sebenarnya ada 3 cara kita boleh melabur dgn unit trust.
Kaedah pertama - dengan membuat pinjaman. Cara ni sebenarnya cara
yang paling TIDAK sesuai dan tidak digalakkan untuk melabur. Melabur
la dengan simpanan kita. Sebab pelaburan ni bukan tentu pulangannya.
Sedangkan interest pinjaman tetap juga kena bayar. Saya pasti ramai
sangat yang ambik skim pinjaman utk melabur dlm ASB. Dengan terus
terang & bahasa yang mudah saya katakan, pelaburan yg anda buat
adalah merugikan. Memang anda akan dapat sejumlah simpanan selepas
habis tempoh pinjaman. Tapi, kemungkinan, nilai yg akan anda dapat tu
sebenarnya sangat rendah kalau dibandingkan anda menyimpan sendiri.
Tak dapat la saya nak ceritakan dengan detail sebab apa ia dikatakan
merugikan. Sebab saya kena tunjukkan dalam bentuk figure then baru
senang paham. Tapi, orang yg betul2 financial literate takkan buat
loan tu.., unless kalau nak mempergunakan loan tu utk tujuan lain
pulak. That's another story. Kalau nak buat long term investment, dgn
cara yang hampir sama, gunakan kaedah yang kedua.
Kaedah kedua - regular investment. Dengan cara ini, kita mulakan
dengan pelaburan minimum serendah RM500 @ RM1000 (bergantung kepada
fund yg anda pilih) dan kemudian tambah pelaburan setiap bulan
sebanyak RM100 @ RM200 @ RM500 ikut kemampuan kita. Sama gak kalau
buat ASN/ASB loan, tiap2 bulan kena byr pinjaman. So, instead of
paying loan, kita buat simpanan tiap bulan. InsyaAllah, kalau fund
yang bagus, tak sampai setahun dah boleh nampak hasil. Tapi kalau
kita melabur utk simpanan hari tua, biar je la selama beberapa tahun.
In fact ada orang melabur sehingga 10, 20 tahun. At the end of the
day, kalau compare dgn ASN/ASB loan, mcm langit dgn bumi.
Dengan cara regular investment, kita sebenarnya membeli UT pada harga
yang berbeza setiap bulan. Kalau harga turun, lagi bagus sebab dgn
amaun pelaburan yang sama, kita dpt lebih byk unit. Selepas 3 tahun
katakan, market naik dgn baik sekali, kalau nak redeem, dah tentu
return yg kita dpt sgt berbaloi. Saya ada ramai kawan2 yg dapat
hamdsome return bebaru ni dgn kaedah pelaburan ni, walaupun ada
sesetengah mereka dah stop for about 1 year.
Dibandingkan dengan kaedah pinjaman, kita sebenarnya melabur satu
jumlah wang pada satu harga sahaja. Jadi, kita tidak dapat take
advantage of the benefit of dolar cost averaging yg boleh kita
nikmati dlm regular investment. Kaedah pinjaman ASB tu adalah
sebenarnya adalah menggunakan kaedah ketiga.
Kaedah ketiga lump sum investment. Cara ni adalah yang paling
selalu digunakan untuk melabur dalam unit trust. Dengan kaedah ni,
kita meletakkan sejumlah wang dalam pelaburan. Katakan RM2,000. Dan
kemudian, kita tunggu je la setahun, dua tahun untuk dpt return.
Sekiranya ada lebihan ketika dapat bonus, kita tambah sejumlah wang.
Kita boleh melabur dengan wang tunai ataupun menggunkan duit EPF.
Tapi, kalau nak guna duit EPF, kena ada at least RM55,000 dlm Akaun
1. Memandangkan kita boleh buat pengeluaran setiap 3 bulan, jadi kita
boleh anggap ia sebagai kaedah regular investement juga. Dan inilah
cara saya melabur dlm UT sejak 2005.
Ini saya petik dr website www.kwsp.gov. my
Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang
mempunyai simpanan tidak kurang daripada RM55,000 di dalam Akaun I,
dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh
melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah
melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada
RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang
melebihi RM50,000 di dalam Akaun I. Pengeluaran pelaburan boleh
dibuat dalam jangka masa tiga bulan daripada tarikh pemindahan
terakhir, tertakluk kepada adanya baki yang dikehendaki dalam Akaun I
(lebih daripada RM55,000).
InsyAllah, bersambung.. \
-DAMIA-
Mar23'07
@ 2007-04-04 – 12:08:53
Back to our lesson.. sebelum kita pergi lebih jauh ttg UT ni, saya
beri penjelasan dulu tentang jargons @ terms yg selalu digunakan dlm
UT.
UTMC - UT Mgmt Comp ie Sykt yang menguruskan unit trust.
Fund manager Orang yang mengurus fund tersebut. Dia ni makan gaji
dgn UTMC.
PDUT Person dealing in UT. Atau dalam bahasa mudahnya, ejen UT.
Subscribe membeli UT
Redeem/Repurchase menjual semula UT yang kita beli
Switch menukar fund yang kita beli kepada fund lain. Switching
hanya dibenarkan ke UT dlm sykt yg sama.
NAV Net Asset Value (nilai seunit UT) selalunya sama dgn SELL
price
BUY price harga seunit yg UTMC sanggup beli dr kita (diguna semasa
kita redeem UT)
SELL price - hg seunit yg UTMC jual kpd kita (diguna semasa kita
beli/subscribe UT)
Performance/ growth growth (%) UT. Kalau performance of UT tu bagus,
senang la kita nak utg. Tetapi perlu diingat, past performance
bukanlah jaminan 100% yg the fund akan grow as before.
Divivden/Bonus - takkan tak tau kot? Tapi dividen/bonus ni tak
memberi sesen pun pekdah kpd kita. Cuma dapat extra unit tapi hg akan
turun accordingly. Tapi bila hg naik, baru la kita dpt utgnya.
Split unit - kekadang, kalau UT price tu dah tinggi sgt, UTMC decided
utk spilt unit. Katakan hg seunit RM1.20. UTMC declare nak split to
2. So hg jadi 60 sen tapi unit kita jumlahnya jadi sekali ganda. Sbb
total investment kita tetap tak berubah.
So, kalau ada ejen yg approach kita, ckp jargons di atas, dah tau ler
apa yg dia cakap. Terlanjur sebut pasal ejen, saya nak bagi nasihat
percuma, hati-hati membuat keputusan untuk melabur. Nak salahkan ejen
seratus peratus pun tak boleh gak sebab bagi saya, sebagai pelabur,
kita mesti ada knowledge jugak. Ejen pun belajar dari sumber yang
sama. Cuma kalau dia tak honest, cakapnya setinggi langit. Bulan
depan boleh dapat return! Padahal, bab2 pasaran saham ni, forecast je
lebih.. jadinya belum tentu. So, kita kena tau bila nak take
advantage of situation. Kena la tau sikit2, market tgh up ke..down
ke.. dan kalau dah invest, mesti tau kat mana kita invest, simpan
statement dalam file. Esok lusa kot ejen tu dah tak jadi ejen @ dia
pendek umur ke.. kita tau mana nak tuju. Ada sesetengah pelabur, nak
sebut nama fund pun tak pandai..mana boleh macam tu..take charge of
your investment. Duit kita tu kan.. Ala.. kalau nama artis yg beribu
tu pun boleh hafal, takkan UT yang kita invest 2 3 jenis tu pun
boleh lupa.. OK la..now kita tengok jenis2 UT.
Jenis-jenis UT
Terdapat 3 kategori UT yang biasa ditawarkan. UT dikategorikan
mengikut risk & exposure kepada market.
Equity fund UT jenis ni maknanya, daripada 100% pool money of the
fund, 70%-90% dilaburkan dalam pasaran saham ie kaunter2 kat bursa tu
ler. Balance 10% tu disimpan dalam FD @ bond @ tak dilaburkan
kemana2. So, UT jenis ni HIGH RISK. Tapi high return.
Balance fund UT jenis ni juga dikenali sbg mixed asset. Daripada
100% pool money of the fund, 40%-60% dilaburkan dalam bond &
peratusan yg sama utk pasaran saham. So kira balance la.. UT jenis ni
MEDIUM RISK dan medium return.
Bond fund UT jenis ni adalah yang paling selamat sebab LOW RISK.
Tapi, low return la. Sebabnya almost 70%-80% disimpan dalam bond @
FD. Mana ada FD bagi high return? Paling baik 3-4% jer..nak cover
inflasi pun tak cukup tapi tak fluctuate la so sesuai le utk pakcik
makcik yang dah pencen..
Kita kena tau risk ni supaya kita tak salah melabur. Seperti yg saya
pernah cakap, kita tak nak la kalau pelaburan yang kita buat tu
menyebabkan kita tak tidur malam. Tak pun menyebabkan kita menyumpah
seranah ejen yg approach kita. Sbb apa saya ckp cam ni, sbb saya byk
terima email mengutuk ejen UT ni..nanti la, cerita2 negatif ni saya
tolak ketepi dulu.. Ada kesempatan, saya kupas sedikit tapi this is
not an important subject. Kita melabur bukan sebab orang lain, tapi
sebab kita nak melabur. YOU ARE WHAT YOU CHOOSE.
InsyaAllah next posting saya cerita sikit about risk & seterusnya
pasal kaedah pelaburan. Semoga ilmu yang saya kongsikan bersama dapat
memberi sedikit manfaat kepada yang sudi membaca dan dapat juga
membantu saya refresh knowledge pasal UT ni.. Ilmu adalah harta yang
tak ternilai. Saya harap, bila kita dah tau, boleh la kita share dgn
orang lain supaya ia tak hilang/pudar dr kita. Memang benar kalau ada
yang mengatakan, ilmu ni, lagi dikongsi, jadi lagi banyak.
InsyaAllah bersambung.. .\
-DAMIA-
Mar16'07
@ 2007-04-04 – 11:56:51
Disclaimer: Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengetahuan &
pengalaman saya sebagai pelabur unit trust dan bukannya formal
education dr mana2 agensi @ profesional body. Yang baik jadikan
teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Terima kasih bebanyak yang sudi mengirim email, memberi galakan saya
menulis. Bila menulis ttg sesuatu, cthnya UT ni, kekadang tu saya
kena check semula file saya @ prospektus supaya kalau ada fakta yang
saya tulis, bukan fakta yang salah. Melainkan kalau saya letak
opinion, then only saya tak perlu risau. Pendapat setiap org berbeza,
so tak boleh nak kira betul @ salah.. Orait
back tu our lesson.
Apa beza UT Islamic & Conventional?
Seperti yang saya nyatakan last posting, sebagai org Islam, dah tentu
la pilihan kita sepatutnya Islamic kan, tapi ramai yang memilih utk
dapat utg lebih, tak kira la Islamic ke tidak. But actually, sekarang
ni, Islamic ke tidak, untungnya tetap sama. So, tak boleh la nak guna
alasan memilih conventional sbb nak utg lebih. In fact, at one point,
Islamic UT perform better than conv. Sekarang pun, banyak pilihan
Islamic fund yang ada good performance. Pelaburan saya dlm salah satu
Islamic fund pada Mac 05, sekarang memberikan saya 35% dlm masa
hampir 2 thn @ 17.5% setahun. Dan since saya gunakan duit EPF,
benchmark saya dah tentu la 4.5% @ 5.15%! Tak byk beza ke? Kalau rasa
12% difference tu seciput sgt, no harm, biar je la dlm EPF..
Actually, apa beza Islamic fund dgn conventional fund? Islamic fund
adalah pelaburan2 drp pool money UT yang saya nyatakan last week, di
dalam kaunter2 yg syariah-compliance. Kaunter2 syariah ni ditunjukkan
dgn tanda `tick' dlm senarai kaunter2 dlm main newpapers. Begitu juga
kalau di letakkan dalam deposit @ bond, mestilah yang syariah
compliance jugak. Transaction dlm Islamic fund juga dipantau oleh
Syariah Advisory Council utk memastikan operasinya sejajar dgn
kehendak syariah.
Saya tak paham sebenarnya bila EPF dan ASB tak nak melabur sepenuhnya
dalam kaunter2 syariah ni.. Sebabnya, seperti yg saya katakan tadi,
banyak kaunter2 syariah yg perform. Jawapan standard yang kita terima
ialah, pencarum EPF & pelabur ASB juga terdiri dp non-muslim. So
what? Haram ke bg pencarum/pelabur ni melabur dalam Islamic kaunter?
Dah tentu tidak. Yang terjadi adalah sebaliknya. - kita yg muslim ni
tak boleh buat semua tu, so, they have to follow us. Sama jugak kalau
non-muslim bekerja di dlam ofis kita. Disebabkan kita tak boleh makan
babi, makanan tersebut diharamkan di dalam ofis. Dia nak makan, pls
makan kat luar ie restoran @ kat rumah. Jadi, kita boleh bekerja dan
makan kat pantry dgn aman. Bg mereka, tak de masalah pun kena makan
mkanan halal kat ofis sbb memakan makanan halal bukanlah perkara
haram bagi mereka, kan? So, konsep yg sama kita boleh apply dlm
pelaburan.
Saya juga membaca respon kepada posting Swisscash dlm RJ bebaru ni.
Ada yang mengatakan ASB tu Islamic fund. Ye ke? Sejak bila PNB anda
Syariah Advisory Council? Saya memang tak pasti. Saya pernah argue
dgn PNB semasa mereka dtg ke ofis lama saya 2 thn lepas ttg issue ni.
Saya pernah cerita dlm posting saya pun. Malas la saya nak
panjang2kan cerita ASB Islamic ke tidak sbb byk sgt pilihan yg lebih
baik sekarang.. Anyway, kalau sesiapa ada latest update on ASB ni,
boleh la email kepada saya. Nak jugak saya tau, sekadar menambah
ilmu..nak melabur..rasanya belum tentu.
Anyway, pilihan tetap ditangan kita. Tepuk dada tanyalah iman. Jangan
tanya selera! Sebab selera ni selalunya berlandaskan nafsu. Kalau
rasa tujuan sebenar kita melabur adalah untuk mendapat keredhaan
Allah, buatlah apa yang sepatutnya. Pahala yang kita dpt bukannya
boleh nampak dengan mata kasar, tapi hanya dapat dinikmati & dirasai
dgn mata hati. Bila kita rasakan, Alhamdulillah. .. kehidupan kita
bahagia, tenang, jauh drp masalah yang menyesakkan nafas, sebenarnya
itulah nikmat hidup yang Allah kurniakan atas usaha kita mencari
keberkatan-Nya. Bab pelaburan ni cuma sekelumit drp usaha2 kita.
Tapi jangan pandang remeh sbb kalau tak amik kisah, salahnya tetap
pada kita.
Sampai setakat ini dahulu. Semoga apa yang saya tulis memberi sedikit
sebanyak manfaat yang boleh kita kongsi bersama. InsyaAllah, ada
rezeki, saya menulis lagi...
InsyaAllah bersambung.. .\
-DAMIA-
Mar11'07
@ 2007-04-04 – 11:33:01
Disclaimer: Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengetahuan &
pengalaman saya sebagai pelabur unit trust dan bukannya formal
education dr mana2 agensi @ profesional body. Yang baik jadikan
teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Apa sebenarnya Saham Amanah ?
ASB & ASN tu saham amanah. Bahasa melayunya ialah Saham Amanah dan
English nye Unit trust (dan saya byk refer as Unit Trust (UT)). Bila
sebut saham amanah, sinonim sangat dgn Amanah Saham Nasional @ Amanah
Saham Bumiputera. Kebanyakan orang, bila sebut UT ni selalunya
merujuk kepada UT swasta yg dikendalikan oleh UTMC UT Mgmt Company.
Banyak sykt yg menawarkan UT. Yang kebanyakan orang familiar Public
Mutual, MAAKL Mutual dan CIMB (SB
. Yang jarang sgt orang sebut
ialah Hwang-DBS, Phiem, Apex, CMS, Asia UT, ING, HLG dan berpuluh
lagi sykt yg menawarkan UT. Kalau kira dlm paper The Star, ada 39
sykt semuanya. Dlm list EPF pula, ada 43 sykt yg diluluskan untuk
kita melabur, termasuk la Tabung Haji. Dan hampir kesemua sykt ni
menawarkan UT Islamic & Conventional. My first investment was Dana
Azam SBB & Dana Izdihar Hwang DBS yang saya dapat return 56% per
annum. Masa tu Izdihar mmg top. Macamana kami tau? Tak de sapa
cerita, kami study sendiri dalam majalah Personal Money. Masa tu
belum kenal property investment so saya dan suami mmg ada byk hard
cash, terperuk dalam Tabung Haji. Mana taknya, every month kami buat
salary deduction RM500 sorang. Cuma sekali sekala kami keluarkan nak
beli barang cthnya masa kami nak berpindah ke rumah sendiri pada
tahun 2001. Tapi sekarang, jangan tanya pasal savings kerana
semuanya digunakan untuk reduce OD rumah pertama kami.
UT ni adalah pool money.
Senang citer, Kalau kita ada 10 orang adik beradik, kumpul sorang
seribu, dapat la 10 ribu. Pas tu kita lantik sorang sebagai pengurus
dana tu tadi & dia pula akan invest kat 10 counter yang berbeza &
akan monitor investment kita. Kena la byr gaji dia kan, takkan nak
buat for free, byk keje tu
Slps sthn, katakan 5 kaunter rugi & 5
kaunter untung pada nilai yg sama. So, itu baru dikira breakeven,
belum rugi belum utg. Kalau 7 kaunter utg, 3 kaunter rugi, juga pada
nilai yg sama, ada la utg nya dan kalau kita bahagikan semula sesama
adik beradik, dapatla sikit sorang merasa utgnya. Berbanding kalau
setiap adik beradik kita invest duit seribu tadi dlm 10 kaunter yg
sama sorang satu kaunter. Kalau 7 kaunter utg, dah tentu org yg
invest dlm 7 kaunter tu je yg utg, yg lagi 3 melopong! Itu la
kelebihan UT. Beza yg nyata dalam UT ialah ada rules & regulations yg
ditetapkan oleh Security Commission.
Siapa Fund Manager & Berapa Caj?
Sykt2 yang saya sebutkan tadi cuma menggunaan duit pool tersebut,
yang diuruskan jual beli & monitor performance oleh Fund Manager (FM)
yang ada pengalaman. Duit2 tersebut sebenarnya dijaga oleh Pemegang
Amanah @ trustee company cthnya HSBC Trustee, Maybank Trustee dll
trustee. Duit2 tersebut dikendali dalam bentuk unit, dinilai pada
harga seunit. Sebab itulah nama UNIT TRUST tu wujud. For every
transaction yg FM nak buat, semua kena ada approval dr trustee.
Trustee ni menjaga hak pelabur2 UT. So, tok sah le risau duit tu
hilang kena songlap. Yang penting sesekali, kita kena check
performance of the fund. Kalau asyik menurun je, selepas beberapa
lama, boleh la switch atau kalau dah untung sikit, redeem aje. O
ye... bila dah ada orang yang tolong investkan bagi pihak kita, dah
tentu ler ada caj nye kan.. Takkan dia nak buat for free lak. Caj ni
dibayar ketika kita nak invest. Sebab itu kalau kita tengok paper,
ada BUY and SELL price. Kalau rajin, kira la the difference between
both prices, itu la caj yg dikenakan oleh UTMC. Tapi tiada sebarang
caj dikenakan semasa nak redeem @ tebus semula unit kita tu.
Apa beza UT Islamic & Conventional?
Sbg org Islam, dah tentu la pilihan kita sepatutnya Islamic kan tapi
ramai yang memilih utk dapat utg lebih, tak kira la Islamic ke tidak
(err...Kita sambung next posting la...)
InsyaAllah bersambung.. .\
-DAMIA-
Mar07'07
@ 2007-04-04 – 11:28:06
Assalamualaikum
saya akan paste writing from a fren mengenai saham amanah..
harap sama sama dpt manfaat..![]()
Sebagai permulaan, kita mulakan dengan artikel ini.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
Tabung unit amanah merupakan satu skim pelaburan yang mengumpulkan
wang daripada ramai pelabur yang mempunyai matlamat kewangan yang
sama dan diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional. Pengurus
tabung sepenuh masa kemudian melaburkan wang yang dikumpulkan itu di
dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak para pemegang
unit. Unit amanah ditubuhkan menurut Surat Ikatan yang merupakan satu
perjanjian di antara syarikat pengurusan, pemegang amanah dan para
pemegang unit. Surat Ikatan didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti
yang menerangkan hak-hak pemegang unit, tanggungjawab serta liabiliti
pemegang amanah dan pengurus.
Tabung unit amanah akan membuat pelaburan di dalam ekuiti, sekuriti
berpendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan di bawah
Garispanduan Tabung Unit Amanah.
Pengurus atau syarikat pengurusan dikehendaki mematuhi keperluan
Surat Ikatan, Akta Suruhanjaya Sekuriti, 1993, yang diperbaharui dari
semasa ke semasa, Garispanduan Tabung Unit Amanah dan undang-undang
serta peraturan lain yang berkenaan. Juruaudit bebas dilantik untuk
menyediakan laporan akaun unit amanah setiap tahun.
Kebaikan melabur dalam unit saham amanah:
Kepelbagaian pelaburan - Pelaburan melalui tabung unit amanah memberi
peluang kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur dengan modal yang
kecil untuk mengumpulkan simpanan mereka dan kemudiannya dilaburkan
oleh pengurus dana dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi
pihak pelabur. Para pelabur tidak memerlukan jumlah wang yang besar
untuk membeli pelbagai jenis saham.
Pengurus yang profesional - Pelaburan di dalam unit amanah memberi
peluang kepada pelabur untuk menggunakan khidmat profesional yang
selalunya tidak dapat dinikmati oleh pelabur individu yang melabur
secara langsung dalam pasaran saham dengan modal yang kecil, simpanan
deposit tetap dan pelaburan secara langsung dalam pasaran saham.
Pentadbiran yang mudah - Proses pentadbiran bagi pembelian, jualan
dan pegangan pelaburan dalam unit amanah adalah lebih mudah jika
dibandingkan pegangan portfolio pelaburan dalam pasaran modal yang
dibuat dengan sendiri oleh pelabur.
Kecairan - Pelabur boleh menjual balik sebahagian atau kesemua unit
amanah mereka pada bila-bila waktu perniagaan.
Berkemampuan untuk melabur - Pelabur tidak memerlukan modal yang
besar untuk menyertai portfolio pelaburan yang diuruskan oleh
pengurus profesional dan menikmati faedah yang sama dengan mereka
yang melabur dalam sekuriti berharga tinggi. Pada masa yang sama,
pelabur unit amanah dapat menikmati pulangan daripada portfolio
pelaburan jika dibandingkan dengan mereka yang melabur secara
langsung dalam pasaran saham.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
Petikan dari www.pnb.com. my. InsyaAllah, next posting saya detail out
pasal UT dalam ayat saya sendiri. Posting dah siap, cuma perlu edit
sana sini.
Bersambung.. .\
-DAMIA-
Mar05'07
The content of this website belongs to a private person, blog.co.uk is not responsible for the content of this website.